23 Mac 2014 (Hari 5)
Kami ke hospital dengan menaiki skuter.
Antara cabaran menunggang motosikal di Davangere adalah round about, simpang, lampu trafik, pejalan kaki dan babi.
Kalau jumpa round about, tak payah pusing bulatan. Ambil saja jalan termudah seperti di simpang empat. Oleh sebab Tuan Nazir Azhari dan Tuan Roshailan buat pusingan round about, saya dan Hanum kehilangan mereka di belakang.
"Eh, mana abang Nazir? Sini tak payah pusing round about."
"Dia ingat ni Shah Alam kot."
Kami sepakat ketawa. Megikut peraturan agak sukar di sini.
Setiap kali jumpa simpang pula, wajib bunyikan hon. Kemalangan jalan raya boleh terjadi kalau tak hon. Pemandu di sini hanya menonong bawa kenderaan. Mereka akan keluar simpang seolah-olah kereta atau motor orang lain tak wujud!
Pejalan kaki pun sama kisahnya waktu melintas jalan. Aduhai...
Hon ibarat amaran berbunyi, "woi, aku lalu jalan ni, pandang-pandang sikit!"
Kisah lampu trafik pula, jam 10 ke atas baru berfungsi. Pada fikiran saya, mungkin ada kena mengena dengan waktu orang berpusu-pusu membuat urusan harian sekitar waktu itu. Di awal pagi, jalan lengang saja
Apabila lampu trafik berfungsi, siap dengan timer sekali. Sewaktu tunggu lampu bertukar hijau, masing-masing akan menyelit ke ruang paling depan. Selit, selagi ada ruang. Tak kira auto, skuter atau kereta. Timer belum hampir 0, ada saja yang jalan terus.
Kecut perut!
Kalau bawa motor, perlu berhati-hati supaya tak terbabas. Sebab silap-silap boleh terbabas atas babi yang sedang tidur di tepi jalan. Haiwan ni kebanyakannya selesa tidur bergelumang tanah yang gebu di tepi jalan raya.
Nyenyak tidurnya. Babi liar di sini buat hal sendiri dan tak menyondol orang.
Nyenyak tidurnya. Babi liar di sini buat hal sendiri dan tak menyondol orang.
Penduduk tempatan yang majoriti vegetarian, tidak pedulikan haiwan ini.
Mujur, jalan ke hospital agak mudah dan kurang cabaran. Bapuji Child Health Institute & Research Centre adalah sebuah hospital swasta. Para intern daripada sekolah perubatan akan bertugas bergilir di hospital swasta dan juga kerajaan.
Bilik konsultansi pesakit luar. Kemudahannya asas sahaja.
BP Tuan Nazir agak tinggi. Kesan tekanan situasi di jalan raya, boleh jadi juga kesan terlebih minum kopi.
Memberikan konsultansi kepada pesakit. Mengkagumkan intern dari Malaysia boleh memberikan konsultansi dalam bahasa Kannada. Pesakit yang rata-rata orang kampung tidak tahu berbahasa Inggeris. Maka, mereka banyak belajar bahasa tempatan.
Adik Hanum bergambar kenangan di hospital.
Kami naik ke tingkat atas. Wad penuh dengan pesakit.
Tiba-tiba Adik Hanum berkata, "sini wad pesakit airborne desease, TB, kalau batuk tak baik-baik, pergilah hospital dan bagitau doktor."
Sekali lagi. Kecut ahkak!
Hanum bertemu seorang kawan yang sedang bertugas di wad.
Hospital ini, setiap tingkat berbeza-beza keadaan ruangnya. Ada yang digunakan sepenuhnya. Ada yang dibiar kosong. Ada yang sedang sedang dalam construction.
Sebab itu, pada awalnya saya buat perbandingan dengan siri TV Kingdom Hospital. Namun, tidak dinafikan itu adalah cara pengurusan hospital di India yang meminimakan kos dengan peruntukan yang terhad.
Waktu kami sampai di tangga tingkat ini, ada ruang dalam pembaikan. Pekerja buruh berhenti berehat apabila isteri dan anak mereka tiba membawa bekal makanan.
Di tepi koridor, berdiri seorang penjual chai atau teh susu.
Kehidupan mereka sederhana dan dalam kesederhanaan itu kelihatan ketabahan mereka.
Pekerja buruh berehat.
Selepas turun naik tangga hospital, akhirnya selesai sesi gambar kenangan. Adik Hanum mengajak kami menyegarkan tekak dengan minum jus buah di Spandana Juice.
Ini antara tempat yang suka dikunjungi oleh pelajar Malaysia. Kedai jus buah adalah antara daya penarik Davangere. Kedai buah-buahan juga.
Menurut Hanum, jika di musim sejuk memang mudah membeli buah strawberi di tepi-tepi jalan.
Delima atau Pomegranate juice Rp35 atau RM2.
Strawberry special Rp70 atau RM4.
Strawberi special yang menyegarkan.
Ceritera kembara akan bersambung. Kisah di Davangere tak lengkap tanpa Gulab Jamun.
Kisah seterusnya...Davangere (Ku cinta manisnya Gulab Jamun).









No comments:
Post a Comment