Indian Railway Catering and Tourism Corporation Limited adalah syarikat milik Kerajaan India melalui Ministry of Railways. Bajet untuk menjalankan operasi Indian Railway dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.
Kereta api adalah pengangkutan utama penduduk tempatan dengan purata seramai 23 juta pengguna setiap hari. Jadi, tiket wajib dibeli awal. Jika tidak, jangan harap dapat menempah tiket kereta api.
Adik Hanum telah memudahkan kami kerana telah membelikan tiket sebelum kami sampai ke India lagi.
Namun, kami mengubah jadual perjalanan kerana tidak mahu singgah ke New Delhi dulu, sebaliknya terus ke Agra. Setelah membuat semakan di website Indian Railways, kami perlu berhenti di Jhansi Junction supaya dapat menukar tren ke Agra tanpa singgah New Delhi.
Dengan tenang dan suka hati kami ke Computerized Reservation Office, Stesen Kereta Api Davangere untuk membeli tiket baru. Rupanya, tidak mudah seperti dijangka.
Stesen Kereta Api Davangere
Datang pertama kali, beratur punya beratur dan dapat borang, rupanya kami perlu siap isi borang nama kereta api dan masa yang telah dipilih. Jangan harap petugas kaunter nak bantu pilihkan. Maka, kami ambil banyak borang kosong dan pulang ke bilik hotel.
Di bilik hotel kami dapatkan senarai jadual kereta api dari website dan isi borang dengan beberapa opsyen supaya tidak berpatah balik ke bilik hotel lagi.
( https://www.irctc.co.in/eticketing/loginHome.jsf )
Kembali ke Stesen Kereta Api semula...lalu semula trafik yang huru hara, lalu semula di kawasan babi yang berkubang di celah-celah tempat parking, lalui semula pengalaman dipotong barisan. Hobi sungguh mereka ni, potong barisan memang kemahiran. Tetapi apabila kami mengambil masa kerana banyak bertanya di kaunter, mulut mereka mula bising...macam cicak.
Tak apa...kami tenang saja. Hahaha...
Akhirnya, dapat tiket baru.
Selepas dapat tiket, kami reward diri sendiri dengan aiskrim ibaco. Sepenuhnya vegetarian.


No comments:
Post a Comment