Jalan-Jalan Cari Makan di Davangere
22 Mac 2014 (Hari 4)
22 Mac 2014 (Hari 4)
Jalan-jalan cari makan Davangere memang superb!
Itu saja pun yang kami boleh buat memandangkan Davangere adalah bandar sekolah perubatan, hospital kerajaan, hospital swasta, klinik, kediaman tenaga pengajar dan pelajar.
Itu saja pun yang kami boleh buat memandangkan Davangere adalah bandar sekolah perubatan, hospital kerajaan, hospital swasta, klinik, kediaman tenaga pengajar dan pelajar.
Adik Hanum memang tahu kami suka makan. Terutama sekali abangnya.
Sarapan hari pertama di Davangere. Kami pilih Puri.
Serious sedap!
Kalau di Shah Alam, tak ingin pula makan puri!
Kredit foto : Ariyatna Adri's iPhone
Tuan Nazir Azhari dan Tuan Roshailan tak melepas peluang pekena puri. Satu set memang dapat 2 ketul puri besar.
Kredit foto : Ariyatna Adri's iPhone
Makan tengah hari pula, kami pekena nasi briyani kambing Andhra style di Restoran Andhra Hideout. Jalan masuknya berhadapan dengan Bapuji Dental College dan berseberang pagar utama Dewan yang digunakan untuk Majlis Konvokesyen.
Kredit foto : Ariyatna Adri
Nasi Briyani Andhra Style ini yang paling saya suka kerana cili dimasak sebati dengan rempah di dalam nasi. Pedasnya...kaw! kaw!
Harga nasi briyani kambing untuk 4 orang termasuk air jus mangga Maaza, Rp390 atau RM22. Memang puas hati!
Setelah makan kenyang-kenyang, kami menghadiri Majlis Konvokesyen Adik Hanum. Majlis itu berlangsung dari jam 4.00 petang hingga 10.00 malam.
23 Mac 2014 (Hari 5)
Sarapan hari kedua di Davangere, Adik Hanum bawa kami ke kedai makan yang juga berhampiran dengan pintu masuk Dewan Konvokesyen yang dah berlangsung semalam.
Sarapan yang paling hangat diperkatakan adalah Bena Dosa atau Butter Thosai.
Sangat ngetop sehingga masuk dalam ucapan kenang-kenangan oleh pelajar dalam Graduation Year Book mereka.
Kredit foto : Ariyatna Adri's iPhone
Dapur kayu digunakan untuk memasak Bena Dosa atau Butter Thosai.
Kredit foto : Ariyatna Adri
Kredit foto : Ariyatna Adri
Dah rasa sekali, memang dok teringat lagi. "Mana nak cari oi... Butter Thosai gini di Malaysia?
Kredit foto : Ariyatna Adri
Sempat Adik Hanum snap gambar kami ni. Bena Dosa belum sampai masa ni, kita snap-snap gambar dulu.
Kredit foto : Hanum
Makan tengah hari pada hari kedua di Davangere.
Kami memenuhi jemputan makan tengah hari daripada Wakil MARA untuk bersama-sama keluarga graduan di Dewan Makan, Hostel Bapuji International.
Kami dihidangkan dengan Briyani Ayam yang dimasak oleh tukang masak dewan makan Hostel. Ada kelainan rasa, tapi sedap juga!
Pantang jumpa Briyani...bahaya ni!
Makan malam pada hari kedua di Davangere.
Kami makan di Restoran Sarovar Royalee. Susun atur dan suasana restoran memang menyelesakan. Menunya pelbagai dan saya suka dapat menikmati manggo lassi.
www.sarovarroyalee.com
Dental College Road,
M.C.C. B-Block,
Davangere, Karnataka
Kami makan Briyani Kambing, Paneer Sate, Roti Naan dan satu menu yang yang saya tak dapat ingat namanya. Nasib baik masih ada gambarnya.
24 Mac 2014 (Hari 6)
Sarapan pada hari ketiga di Davangere.
Hari ketiga adalah hari kami menerjah Computerized Reservation Office, Stesen Kereta Api Davangere. Dalam perjalanan kami singgah makan di kedai yang menurut Adik Hanum, pernah datang ke situ bersama penyelia dan rakan tempatan.
Melangkah kaki ke kedai ini, kami terus berada dalam zon masa 60-an. Cuma tak tukar macam filem hitam putih. Teringat pula kisah 3 Idiots, semasa Rancho dan Farhan Qureshi melawat keluarga Raju Rastogi, si anak posmen dan guru pencen. Ha...macam tu lah!
Saya memilih untuk makan aloo dosa atau thosai kentang.
Manakala, Adik Hanum memilih untuk makan thosai bawang.
Makan tengah hari dan makan malam pada hari ketiga pula, entah ke mana gambarnya.
Aduh...garu kepala.
Tapi memang masih ingat lagi kedai itu berdekatan dengan Restoran Andhra Style. Di kedai itu kami pekena nasi dengan ayam panggang.
Namanya Restoran Al Baik. Kedai makan Muslim.
Memori saja yang tinggal. Di depan kedai ada banner gambar ayam panggang. Kami menaiki tangga kedai dan lantai kedai berpecah ke sebelah kiri dan kanan.
Di sebelah kanan ada dapur memasak dan kaunter bayar.
Di sebelah kiri ada meja-meja makan. Kami di sambut pelayan yang memakai kopiah.
Makan malamnya pula, kami pekena cheese naan dan ayam thandoori Hyderabad Style di Restoran Hyderabad Kabab House.
Saya masih terbayang roti cheese naan yang lebar dan empuk. Digandingkan dengan ayam thandoori berempah merah.
Juga minum Falooda yang sangat manis. Ia berlapis warna putih, merah, pistachio, almond dan penuh biji falooda dan diletak aiskrim. Biji falooda ni sama dengan biji selasih.
Tarik dan lepas nafas perlahan, sambil menekup dahi.
"Naan cheese, aku rindu kamu 200 peratus...!!!"
25 Mac 2014 (Hari 7)
Brunch pada hari ke empat di Davangere.
Hari terakhir di Davangere dan hari ini kami akan menaiki kereta api untuk ke Agra.
Kami makan di Kedai Ashirvad Food. Ha...inilah Kedai Cabang. Gelaran ini diberikan oleh pelajar Malaysia.
Pak cik berbaju jalur itulah chefnya.
Kami makan sup ayam dan paneer masak cili.
Istimewanya kedai ini, ada menu nasi lemak.
Bertambah istimewa dengan sikap meraikan yang ada pada pak cik dan mak cik ini.
Kata Adik Hanum, ini kali pertama makanan yang dihidang ada dekorasi.
Saya suka!!!
Mereka sanagt berusaha...masakannya juga sedap!
Senyumannya juga manis...seperti manisnya air mangga Maaza.
Air mangga sentiasa jadi pilihan. Trademark India. Jus mangga memang terbaik.
Bersama Adik Hanum dan Adik Amirah. Adik Amirah yang bersemangat ni yang perkenalkan saya dengan manisan gulab jamun. Oh...itu cerita lain. Episod jalan-jalan bersama gadis Melayu di Davangere.
Mujur aktiviti makan-makan di Davangere tidak mendatangkan sebarang sakit perut.
Syukur.
Tips Kembara No 7
- Pastikan hanya minum air dari botol dan tidak minum air kosong yang disediakan dalam cawan.
- Pastikan bawa kit ubatan terutama untuk sakit perut/cirit birit seperti Smecta, Oralite, Pil Charcoal dan instant hand sanitizer.
Sambungan akan datang ~
Jalan-Jalan Cari Hospital di Davangere
Jalan-jalan cari hospital...ini Kingdom Hospital ke? Kingdom Hospital merujuk kepada siri drama tv hospital berhantu.













No comments:
Post a Comment