Davangere adalah kenangan yang manis kerana Bena Dosa (butter thosai adalah keistimewaan Davangere), Aiskrim Ibaco, Nasi Beriani cili, buah delima, jus buah segar Kedai Minum Spandana, falooja, kerepek kentang dan manisan. Dan cinta yang paling menggugah jiwa, si Gulab Jamun.
Adik-adik yang manis menjadi pemandu pelancong yang budiman.
Habibah Hanum dan Amirah membawa saya berjalan-jalan di sekitar Davangere yang sederhana namun ada warna-warni tersendiri.
Saya mahu membeli bekal makanan kering dalam perjalanan kereta api nanti. Jadi kami ke kedai kekacang dan manisan bagi membeli kismis. Pelbagai jenis kacang, kurma dan kismis disimpan dalam balang tinggi.
Taukey kedai ini menimbang dan membungkus setelah saya memilih jenis kismis yang berkenan.
Baik, taukey timbang ya. Saya mahu berposing untuk bergambar kenangan. Pak cik taukey itu memang tidak hairankan kami. Mukanya keras sepanjang masa.

Walau pun, muka taukey keras dan masam sepanjang masa. Dia menjual manisan yang boleh membuat gigi cair.
Di sini adik Hanum dan Amirah membeli Gulab Jamun. Manisan itu berwarna perang dan bulat seperti guli besar. Dibungkus dalam kotak plastik dan air gula panas dituangkan ke atasnya.
Hanum dan Amirah memberikan tips, gulab jamun paling sedap dimakan bersama aiskrim vanilla.
Saya tak sabar!
Sambung membeli-belah bekalan, saya membeli kerepek kentang. Kerepek kentang digoreng sendiri, ditabur perisa lada hitam dan garam.
Selain itu, kerepek perisa rempah-rempahan juga ada.
Berjalan di sekitar Davangere seperti pelajar Malaysia, saya tidak melihat bandar kecil ini dari kaca mata empat segi seorang pelancong.
Kriket adalah kegilaan anak muda. Permainan ini berlangsung di jalan-jalan celahan rumah kediaman, celah bangunan kedai dan padang tanpa rumput.
Pasar harĂan di bawah panas terik.
Pemandangan biasa kedai buah-buahan.
Penjual gelang tangan di kaki lima kedai.

Seorang kawan memesan periuk belanga. Saya berikan dia gambar sahaja. Hahaha...saya tahu dia bergurau.
Saya beritahu adik Hanum yang saya mahu membeli cenderahati. Adik Hanum bawa saya kedai di pekan yang agak jauh.
Kain sari di Davangere warnanya terang-terang belaka.


Saya mengingat pesan Tuan Nazir Azhari, perjalanan kereta api perlu ringan bagi memudahkan perjalanan. Maka jangan menambah berat.
Baik.
Bergaya saja dengan kain-kain sari ini.
Tetapi saya menambah sedikit berat dengan bekalan manisan Babusingh Thakur Pheda.
Manis-manis belaka kenangan Davangere.
Paling manis dan menusuk kalbu sehingga saya masukkan kemanisan gulab jamun ini dalam cerpen tulisan saya berjudul Akar.
Berpusing-pusing adik Hanum dan saya mencari kedai yang menjual jenama aiskrim vanilla vegetarian yang dikatakan paling sedap digandingkan dengan gulab jamun.
Kedai yang biasa menjual aiskrim vanila itu tutup pula. Kami akhirnya membeli aiskrim aiskrim vanila jenama lain.
Saya juga membeli buah delima yang merah merekah.
Gulab Jamun, aiskrim vanila dan buah delima siap!
Gulab Jamun, aiskrim vanila dan buah delima siap!
Apabila mencecah ke dalam mulut.
Cair!
Bukan gulab jamunnya.
Jantung saya yang cair!
Ku cinta manisnya gulab jamun. Citra rasanya ibarat kenangan cinta.
"Tak mahu. Jangan umpan manisan yang sedap
menghantu ni. Diabetis nanti, tahulah." Cinta tidak makan pujuk. Marlina
mencebik dan menarik balik pelawaan. ~ Akar (Cermuz - Cerpen Muzikal)
























