Ceritera Cinta

Thursday, 18 September 2014

Davangere (Jalan-Jalan Ke Hospital)

23 Mac 2014 (Hari 5)


Sehari selepas Majlis Graduasi, kami ke hospital di mana Adik Hanum bertugas untuk sesi bergambar kenangan. Dalam tempoh internship, mereka akan bertugas di hospital kerajaan dan swasta di Davangere. 

Kami ke hospital dengan menaiki skuter.

Antara cabaran menunggang motosikal di Davangere adalah round about, simpang, lampu trafik, pejalan kaki dan babi.

Kalau jumpa round about, tak payah pusing bulatan. Ambil saja jalan termudah seperti di simpang empat. Oleh sebab Tuan Nazir Azhari dan Tuan Roshailan buat pusingan round about, saya dan Hanum kehilangan mereka di belakang. 

"Eh, mana abang Nazir? Sini tak payah pusing round about." 

"Dia ingat ni Shah Alam kot." 

Kami sepakat ketawa. Megikut peraturan agak sukar di sini. 

Setiap kali jumpa simpang pula, wajib bunyikan hon. Kemalangan jalan raya boleh terjadi kalau tak hon. Pemandu di sini hanya menonong bawa kenderaan. Mereka akan keluar simpang seolah-olah kereta atau motor orang lain tak wujud!

Pejalan kaki pun sama kisahnya waktu melintas jalan. Aduhai... 

Hon ibarat amaran berbunyi, "woi, aku lalu jalan ni, pandang-pandang sikit!"


Kisah lampu trafik pula, jam 10 ke atas baru berfungsi. Pada fikiran saya, mungkin ada kena mengena dengan waktu orang berpusu-pusu membuat urusan harian sekitar waktu itu. Di awal pagi, jalan lengang saja   

Apabila lampu trafik berfungsi, siap dengan timer sekali. Sewaktu tunggu lampu bertukar hijau, masing-masing akan menyelit ke ruang paling depan. Selit, selagi ada ruang. Tak kira auto, skuter atau kereta. Timer belum hampir 0, ada saja yang jalan terus.

Kecut perut!



Kalau bawa motor, perlu berhati-hati supaya tak terbabas. Sebab silap-silap boleh terbabas atas babi yang sedang tidur di tepi jalan. Haiwan ni kebanyakannya selesa tidur bergelumang tanah yang gebu di tepi jalan raya. 

Nyenyak tidurnya. Babi liar di sini buat hal sendiri dan tak menyondol orang. 

Penduduk tempatan yang majoriti vegetarian, tidak pedulikan haiwan ini. 


Mujur, jalan ke hospital agak mudah dan kurang cabaran. Bapuji Child Health Institute & Research Centre adalah sebuah hospital swasta. Para intern daripada sekolah perubatan akan bertugas bergilir di hospital swasta dan juga kerajaan.



Bilik konsultansi pesakit luar. Kemudahannya asas sahaja.



BP Tuan Nazir agak tinggi. Kesan tekanan situasi di jalan raya, boleh jadi juga kesan terlebih minum kopi.


Memberikan konsultansi kepada pesakit. Mengkagumkan intern dari Malaysia boleh memberikan konsultansi dalam bahasa Kannada. Pesakit yang rata-rata orang kampung tidak tahu berbahasa Inggeris. Maka, mereka banyak belajar bahasa tempatan.





Adik Hanum bergambar kenangan di hospital.


Kami naik ke tingkat atas. Wad penuh dengan pesakit.

Tiba-tiba Adik Hanum berkata, "sini wad pesakit airborne desease, TBkalau batuk tak baik-baik, pergilah hospital dan bagitau doktor." 

Sekali lagi. Kecut ahkak!  

Hanum bertemu seorang kawan yang sedang bertugas di wad.

                                            Kakitangan kesihatan yang ceria.


Hospital ini, setiap tingkat berbeza-beza keadaan ruangnya. Ada yang digunakan sepenuhnya. Ada yang dibiar kosong. Ada yang sedang sedang dalam construction. 



Sebab itu, pada awalnya saya buat perbandingan dengan siri TV Kingdom Hospital. Namun,   tidak dinafikan itu adalah cara pengurusan hospital di India yang meminimakan kos dengan peruntukan yang terhad.  


Waktu kami sampai di tangga tingkat ini, ada ruang dalam pembaikan. Pekerja buruh berhenti berehat apabila isteri dan anak mereka tiba membawa bekal makanan.

Di tepi koridor, berdiri seorang penjual chai atau teh susu. 

Kehidupan mereka sederhana dan dalam kesederhanaan itu kelihatan ketabahan mereka.


 Pekerja buruh berehat.



Selepas turun naik tangga hospital, akhirnya selesai sesi gambar kenangan. Adik Hanum mengajak kami menyegarkan tekak dengan minum jus buah di Spandana Juice. 


Ini antara tempat yang suka dikunjungi oleh pelajar Malaysia. Kedai jus buah adalah antara daya penarik Davangere. Kedai buah-buahan juga.

Menurut Hanum, jika di musim sejuk memang mudah membeli buah strawberi di tepi-tepi jalan.





Delima atau Pomegranate juice Rp35 atau RM2.

Strawberry special Rp70 atau RM4.

                                                    Strawberi special yang menyegarkan.


Ceritera kembara akan bersambung. Kisah di Davangere tak lengkap tanpa Gulab Jamun. 

Kisah seterusnya...Davangere (Ku cinta manisnya Gulab Jamun).








Sunday, 14 September 2014

Davangere, Karnataka (Jalan-Jalan Cari Makan)

Jalan-Jalan Cari Makan di Davangere

22 Mac 2014 (Hari 4)

Jalan-jalan cari makan Davangere memang superb! 

Itu saja pun yang kami boleh buat memandangkan Davangere adalah bandar sekolah perubatan, hospital kerajaan, hospital swasta, klinik, kediaman tenaga pengajar dan pelajar.

Adik Hanum memang tahu kami suka makan. Terutama sekali abangnya.

Sarapan hari pertama di Davangere. Kami pilih Puri.

Serious sedap! 

Kalau di Shah Alam, tak ingin pula makan puri!


 
Kredit foto : Ariyatna Adri's iPhone


Tuan Nazir Azhari dan Tuan Roshailan tak melepas peluang pekena puri. Satu set memang dapat 2 ketul puri besar. 


                                                 Kredit foto : Ariyatna Adri's iPhone

Makan tengah hari pula, kami pekena nasi briyani kambing Andhra style di Restoran Andhra Hideout. Jalan masuknya berhadapan dengan Bapuji Dental College dan berseberang pagar utama Dewan yang digunakan untuk Majlis Konvokesyen. 






                                                            Kredit foto : Ariyatna Adri  

Nasi Briyani Andhra Style ini yang paling saya suka kerana cili dimasak sebati dengan rempah di dalam nasi. Pedasnya...kaw! kaw!

Harga nasi briyani kambing untuk 4 orang termasuk air jus mangga Maaza, Rp390 atau RM22. Memang puas hati!                                                   

Setelah makan kenyang-kenyang, kami menghadiri Majlis Konvokesyen Adik Hanum. Majlis itu berlangsung dari jam 4.00 petang hingga 10.00 malam. 



23 Mac 2014 (Hari 5)

Sarapan hari kedua di Davangere, Adik Hanum bawa kami ke kedai makan yang juga berhampiran dengan pintu masuk Dewan Konvokesyen yang dah berlangsung semalam. 

Sarapan yang paling hangat diperkatakan adalah Bena Dosa atau Butter Thosai.

Sangat ngetop sehingga masuk dalam ucapan kenang-kenangan oleh pelajar dalam Graduation Year Book mereka.  
Kredit foto : Ariyatna Adri's iPhone


Dapur kayu digunakan untuk memasak Bena Dosa atau Butter Thosai.


                                                          Kredit foto : Ariyatna Adri

Satu set Bena Dosa juga dapat dua thosai. Dimakan dengan chutney dan ubi kayu lenyek (lembut dan ada rasa butter).  


Kredit foto : Ariyatna Adri

Dah rasa sekali, memang dok teringat lagi. "Mana nak cari oi... Butter Thosai gini di Malaysia?

                            
                                                               Kredit foto : Ariyatna Adri

Sempat Adik Hanum snap gambar kami ni. Bena Dosa belum sampai masa ni, kita snap-snap gambar dulu. 

Kredit foto : Hanum


Makan tengah hari pada hari kedua di Davangere.

Kami memenuhi jemputan makan tengah hari daripada Wakil MARA untuk bersama-sama keluarga graduan di Dewan Makan, Hostel Bapuji International. 

Kami dihidangkan dengan Briyani Ayam yang dimasak oleh tukang masak dewan makan Hostel. Ada kelainan rasa, tapi sedap juga! 

Pantang jumpa Briyani...bahaya ni!    





Makan malam pada hari kedua di Davangere. 

Kami makan di Restoran Sarovar Royalee. Susun atur dan suasana restoran memang menyelesakan. Menunya pelbagai dan saya suka dapat menikmati manggo lassi. 

www.sarovarroyalee.com

Dental College Road, 
M.C.C. B-Block, 
Davangere, Karnataka




Kami makan Briyani Kambing, Paneer Sate, Roti Naan dan satu menu yang yang saya tak dapat ingat namanya. Nasib baik masih ada gambarnya.


24 Mac 2014 (Hari 6)

Sarapan pada hari ketiga di Davangere. 

Hari ketiga adalah hari kami menerjah Computerized Reservation Office, Stesen Kereta Api Davangere. Dalam perjalanan kami singgah makan di kedai yang menurut Adik Hanum, pernah datang ke situ bersama penyelia dan rakan tempatan.

Melangkah kaki ke kedai ini, kami terus berada dalam zon masa 60-an. Cuma tak tukar macam filem hitam putih. Teringat pula kisah 3 Idiots, semasa Rancho dan Farhan Qureshi  melawat keluarga Raju Rastogi, si anak posmen dan guru pencen. Ha...macam tu lah!
  
Saya memilih untuk makan aloo dosa atau thosai kentang. 





Manakala, Adik Hanum memilih untuk makan thosai bawang.




Makan tengah hari dan makan malam pada hari ketiga pula, entah ke mana gambarnya.

Aduh...garu kepala.

Tapi memang masih ingat lagi kedai itu berdekatan dengan Restoran Andhra Style. Di  kedai itu kami pekena nasi dengan ayam panggang. 

Namanya Restoran Al Baik. Kedai makan Muslim.

Memori saja yang tinggal. Di depan kedai ada banner gambar ayam panggang. Kami menaiki tangga kedai dan lantai kedai berpecah ke sebelah kiri dan kanan. 

Di sebelah kanan ada dapur memasak dan kaunter bayar.

Di sebelah kiri ada meja-meja makan. Kami di sambut pelayan yang memakai kopiah.


Makan malamnya pula, kami pekena cheese naan dan ayam thandoori Hyderabad Style di Restoran Hyderabad Kabab House. 

Saya masih terbayang roti cheese naan yang lebar dan empuk. Digandingkan dengan ayam thandoori berempah merah. 

Juga minum Falooda yang sangat manis. Ia berlapis warna putih, merah, pistachio, almond dan penuh biji falooda dan diletak aiskrim. Biji falooda ni sama dengan biji selasih.  

Tarik dan lepas nafas perlahan, sambil menekup dahi. 

"Naan cheese, aku rindu kamu 200 peratus...!!!"



25 Mac 2014 (Hari 7)

Brunch pada hari ke empat di Davangere. 

Hari terakhir di Davangere dan hari ini kami akan menaiki kereta api untuk ke Agra.

Kami makan di Kedai Ashirvad Food. Ha...inilah Kedai Cabang. Gelaran ini diberikan oleh pelajar Malaysia.

Pak cik berbaju jalur itulah chefnya.

Kami makan sup ayam dan paneer masak cili.

Istimewanya kedai ini, ada menu nasi lemak. 



Bertambah istimewa dengan sikap meraikan yang ada pada pak cik dan mak cik ini. 

Kata Adik Hanum, ini kali pertama makanan yang dihidang ada dekorasi.

Saya suka!!!



Mereka sanagt berusaha...masakannya juga sedap!

Senyumannya juga manis...seperti manisnya air mangga Maaza.

Air mangga sentiasa jadi pilihan. Trademark India. Jus mangga memang terbaik. 



Bersama Adik Hanum dan Adik Amirah. Adik Amirah yang bersemangat ni yang perkenalkan saya dengan manisan gulab jamun. Oh...itu cerita lain. Episod jalan-jalan bersama gadis Melayu di Davangere.



Mujur aktiviti makan-makan di Davangere tidak mendatangkan sebarang sakit perut. 

Syukur. 


Tips Kembara No 7
  • Pastikan hanya minum air dari botol dan tidak minum air kosong yang disediakan dalam cawan.
  • Pastikan bawa kit ubatan terutama untuk sakit perut/cirit birit seperti Smecta, Oralite, Pil Charcoal dan instant hand sanitizer.  


Sambungan akan datang ~

Jalan-Jalan Cari Hospital di Davangere

Jalan-jalan cari hospital...ini Kingdom Hospital ke? Kingdom Hospital merujuk kepada siri drama tv hospital berhantu.




Davangere, Karnataka (Majlis Graduasi JJCM Medical School)

Sebelum ini, my story in Bangalore ~
____________________________________________________________________________

Davangere, Bandar Sekolah Perubatan

22 Mac 2014 (Hari 4)


Davangere mempunyai dua kolej perubatan dan satu kolej pergigian. Pelajar Malaysia di sini belajar di Jagadguru Jayadeva Murugarajendra Medical College (JJM). Kolej ini  ditubuhkan pada tahun 1965.   



Di Davangere kami pakat untuk tidak menaiki auto. Pemandu auto di sini mengecaj harga yang mahal kepada pelajar luar. Kadangkala mereka bertekak kerana tahu caj yang sebenar.

Kami blend in dengan orang tempatan. Saya dan Hanum menaiki skuter yang dipandu Hanum. 

Hanum juga mendapatkan satu lagi skuter rakannya untuk dipinjamkan kepada Tuan Nazir Azhari dan Tuan Roshailan.


                                              Jalan-jalan di Davangere           


Saya dibawa melawat ke Bapuji International Hostel, kediaman untuk pelajar Malaysia yang belajar di JJM Medical College. 

Ramai juga pelajar yang memilih untuk menyewa di luar kerana  kos yang lebih rendah.

                                                           Hanum di depan Asrama


                                                            Bersama kawan Hanum


                                                         Ariyatna Adri dan bunny bin


Majlis Graduasi JJM Medical School, Davangere, Karnataka, India

Setelah menempuh tahun pengajian dengan penuh sabar, akhirnya hari bergraduasi tiba juga. Tahniah Adik Habibah Hanum yang berjaya menyelesaikan pengajian perubatan di JJM Medical College, Davangere, Karnataka. 

                                    Pintu pagar utama ke Dewan Konvokesyen 


Pendaftaran graduan untuk mengambil jubah. Ambil, pakai dan pulang pada hari yang sama. 
                                    


                                                              Kredit Foto : Nazir Azhari


Beratur untuk memasuki Dewan Konvo.



Adik Hanum yang sentiasa ceria.

                                                                 Kredit Foto : Nazir Azhari



Perintis. Mereka adalah batch pertama yang dihantar MARA ke Sekolah Perubatan JJM,Davangere. 
                                
Kredit Foto : Nazir Azhari




Suasana hening ketika graduan membaca Hippocratic Oath atau Sumpah Hippocrates. Malam itu, mereka berdiri dalam kesedaran. Mereka membaca versi moden sumpah itu sebagai janji memegang amanah setelah bergelar Doktor.

 to treat the ill to the best of one's ability, 
to preserve a patient's privacy, 
to teach the secrets of medicine to the next generation,
and so on...

  Kredit Foto : Nazir Azhari

Tahniah Dr. Hanum!!! Ijazah digenggam akan dibawa pulang sebagai hadiah istimewa untuk mama. 

Mama tak dapat hadir sendiri, moga gambar-gambar hari graduasi ini dapat menggembirakan hati mama.


      Kredit Foto : Nazir Azhari


Sambungan akan datang ~

Jalan-Jalan Cari Makan di Davangere

Jalan-jalan cari makan memang superb!

Puri, thosai, briyani, naan, thandoori...yummy!!!